< /body>;

Thursday, 7 November 2013

~PENUNGGU JODOH~

Assalamualaikum..salam sejahtera, salam bahagia, salam perpaduan, salam silaturrahim, salam satu Malaysia, salam perantau, salam akhir salam yang teristimewa dan salam-salam sewaktu dengannya...bhahahaha..

Tak nak sembang kencang, tak nak buang mase, direct to da point, entri kali ni aku nak cakap satu perkara yang sangat penting untuk mereka2 yang desperate nak kawen tapi senang putus asa dengan jodoh..hehehehe...macam aku cakap kat diri aku je..but sebelum tu..ape2 pon, aku mulakan dengan Bismillalhirrahmanirrahim...

Nabi junjungan besar kita pernah bersabda dalam sebuah hadis sahih:

Dari Abu ‘Abdirrahman Abdullah bin Mas’ud radhiallahu ‘anh, dia berkata: bahwa Rasulullah telah bersabda, “Sesungguhnya tiap-tiap kalian dikumpulkan penciptaannya dalam rahim ibunya selama 40 hari berupa nutfah, kemudian menjadi ‘Alaqoh (segumpal darah) selama itu juga lalu menjadi Mudhghoh (segumpal daging) selama itu juga, kemudian diutuslah Malaikat untuk meniupkan ruh kepadanya lalu diperintahkan untuk menuliskan 4 kata: REZEKI, AJAL, AMAL SERTA CELAKA ATAU BAHAGIA seseorang itu. Maka demi Allah yang tiada Tuhan selainnya, ada seseorang diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli surga sehingga tidak ada jarak antara dirinya dan surga kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Allah lalu ia melakukan perbuatan ahli neraka dan ia masuk neraka. Ada diantara kalian yang mengerjakan amalan ahli neraka sehingga tidak ada lagi jarak antara dirinya dan neraka kecuali sehasta saja. kemudian ia didahului oleh ketetapan Allah lalu ia melakukan perbuatan ahli surga dan ia masuk surga." [Bukhari no. 3208, Muslim no. 2643]

Aku bukan kalangan ustaz atau orang2 yang pernah belajar dari negara-negara atau negeri-negeri Anbiya'. Aku cuba nak sampaikan apa yang aku pernah kaji, ape yang pernah aku belajar dan ape yang aku faham. Mungkin benda ni perkare baru untuk korang (walaupon bende ni dah lama pasal kite je yang tak amek berat), so, korang yang bace entri ni dialu2kan untuk menegur atau memperbetulkan atau pon sekadar memberi pendapat...hehehe..


Bercakap tentang jodoh, kita telah terbiasa dengan statement "Jodoh adalah ketentuan Allah" dan ianya telah membiak dalam masyarakat kita. Sepanjang aku mengkaji, belum lagi aku jumpa nas2 sahih yang mengatakan Allah dah tetapkan jodoh manusia sejak azali lagi..yang aku pernah jumpe cuma hadis kat atas tadi. Aku dah highlightkan, hanya ada 4 kata: REZEKI, AJAL, AMAL SERTA CELAKA ATAU BAHAGIA yang Allah tetapkan sejak roh kita ditiupkan masuk ke dalam jasad. Dari situ, kita dapat lihat Nabi tidak mengungkapkan tentang jodoh. Ya, memang benar, dalam al-Quran pula, Allah ada berfirman:

"Dan Kami menciptakan kalian berpasang-pasangan." - (QS. An-Naba’ [78] : 8)

Menurut pandangan ulama', Allah menyatakan bahawa semua yang Allah ciptakan mempunyai pasangannya yang tertentu, contohnya manusia: LELAKI vs PEREMPUAN, alam: LANGIT vs BUMI, akhirat: SYURGA vs NERAKA. Allah menciptakan secara berpasang-pasangan adalah kerana untuk saling melengkapi. Namun tidak pula Allah menyebutkan dalam al-Quran yang Dia telah menetapkan SESEORANG untuk kamu. Malah Allah telah berfirman:
  
"Dan nikahkanlah ORANG-ORANG yang masih membujang DI KALANGAN kamu dan juga ORANG-ORANG YANG LAYAK menikah di kalangan hamba sahaya kamu laki-laki dan perempuan, jika mereka miskin Allah akan memberi kemampuan kepada mereka dengan kurniaanNya. Dan Allah Maha Luas (pemberiannya), lagi Maha Mengetahui." - (QS Annur : 32)

Ayat tersebut menyatakan dengan jelas, nikahkanlah...dalam banyak2 orang bujang di kalangan kamu, nikahkanlah...dan Allah kate orang2 YANG LAYAK..jika tak layak (contohnya belum baligh, gila atau sebagainya) maka jangan nikahkan mereka...Sekiranya jodoh itu satu ketetapan, sudah tentu Allah highlight kan kat ayat Quran tu menyatakan nikahkanlah orang bujang dengan orang yang tertentu/orang yang telah ditetapkanNya... 

Dari situ, kita boleh membuat satu hipotesis awal bahawasanya JODOH ITU SATU PILIHAN....rilek lu..baru hipotesis awal taw..huhu..


Seterusnya,

Mari kita berfikir secara POSSIBILITY di mana ianya salah satu sub-topic yang aku paling menyampah dalam subjek Matematik...hahaha..Di sini aku kemukakan 4 jenis kemungkinan:

(1)>>>>>>Berusaha cari jodoh lalu berkahwin
(2)>>>>>>Tidak berusaha cari jodoh tapi berkahwin
(3)>>>>>>Berusaha cari jodoh tapi tak berkahwin
(4)>>>>>>Tidak berusaha cari jodoh lalu tak berkahwin

Aku rase korang pon setuju kalau aku kate KEEMPAT-EMPAT kemungkinan tersebut PERNAH BERLAKU dalam kehidupan nih..

Yang (1) tu selalu sangat berlaku dan akan sentiasa berlaku. Dan ini lah cara yang disarankan bagi mereka yang ingin menundukkan hawa nafsu mereka. Namun jika tidak mampu lagi dari segi persediaan berumahtangga dan kewangan, hendaklah mereka berpuasa.


Yang (2) tu siket-siiiiket berlaku. Biasanya yang tak berusaha tu, mak bapak dia yang carikan..sama ada dia tu laki atau pompuan..tapi bukanlah tak berusaha langsung kan..sekurang2nye berdoa agar dia dapat berumahtangga..doa pon satu usaha taw tak??huhu..

Yang (3) tu pulak, jarang-jaaaarang berlaku..dia dah penat berusaha tapi tak kawen2 plak..mungkin sebab takda duit nak kawen, mungkin orang yang diinginkan tu dirampas oleh orang lain yang berprinsip "sape cepat dia dapat"..haha..atau pon mungkin dia dah mati, tak sempat nak berkahwin..

Yang (4) adalah sangat2 subjektif dan baru la masuk dengan tajuk entri ni..hahaha..PENUNGGU JODOH la katekan..kui3..memang jenis ni tak berusaha langsung, tungguuuuuuuuuuuuuuuu je la anak raja masuk meminang..dan yang selalunye pasal ni, yang (4) terdiri dari kaum WANITA....akhirnya resultnye adalah tak berkahwen langsung laa sampai ke tua..



Setelah aku melibatkan diri dalam permainan POSSIBILITY tentang jodoh ni, akhirnya kesimpulan akhir yang aku buat ini telah menguasai pemikiran dan jasad serta mula mengawal semangat keimanan aku yang selama ini terikat dengan dunia yang menipu (perghhhh..ayat x bleh blaaa) bahawasanya, JODOH ITU ADALAH PILIHAN dan KEPERLUAN.

Jodoh adalah pilihan..
Aku bermaksudkan korang boleh membuat pilihan sendiri dengan siapa korang nak nikah, untuk jadi teman dunia dan akhirat. Bukannye ianya pilihan korang sama ade korang nak kawen or tak....Biasanya orang akan pilih yang baik atau yang cantik...jadi, kembalikan diri kita dengan agama..rujuk kepada hadis sahih dimana Nabi Muhammad s.a.w bersabda:


Dari Abu Hurairah r.a., katanya, "Wanita itu dikahwini kerana empat perkara : Karena hartanya, karena keturunannya, karena kecantikannya, dan karena agamanya.  Maka utamakanlah agamanya, niscaya engkau bahagia." - (Riwayat Bukhari, no. 5090, dan Muslim, no. 1466)

Jodoh adalah keperluan..
Mengapakan kita PERLU pasangan???? Allah berfirman dalam al-Quran:


“Dan diantara tanda-tanda kekuasaanNya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan MERASA TENTERAM kepadanya, dan dijadikanNya diantaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berpikir.” [QS. Ar. Ruum (30):21].

hurmm..senyum lebar aku bace potongan ayat Quran yang satu ni....=)
Sangat memberi harapan...heeee

Sedangkan Nabi Adam yang duduk kat syurga dulu, dimana kita tahu syurga adalah The Very1000x Great Place of Dream bagi setiap insan, apa yang xda dalam syurga??semua ada!!..bayangkan......tapi Nabi Adam tetap rase sunyi dan keseorangan. Oleh itu, dengan kasih sayang dan rahmat Allah, Dia menciptakan Hawa sebagai pelengkap bagi Adam....fikirkan, jika Nabi Adam perlukan pasangan, apetah lagi kita.....=)

Bila kita hayati ayat Quran, memang satu perkara best yang kita peroleh..iaitu seolah2 Allah sedang berkata2 dengan kita..Subhanallah...

-peace-