< /body>;

Monday 11 July 2011

Subhanallah...indahnya...-Pantai ODEC UMS-

Melihat terbenamnya matahari pada waktu senja sangat mendamaikan jiwa aku. Walaupun sayu, aku masih berasa tenang menyaksikan keindahan lukisan alam ciptaan Allah s.w.t. SUBHANALLAH......=)

Monday 25 April 2011

mak...esok aus da nak final exam..doakan aus ye...T_T

Seperti semester2 sebelumnya, sudah menjadi kebiasaan aku tepon mak apabila final exam sudah hampir. Ape? Asal final exam je baru nak tepon mak? eish...dok aih...takde la camtu sekali. Actually boleh katekan setiap minggu tepon mak aku, tanye kaba, buek apo, dah makan ke belum, sape ade kat umah, ape ce citer orang kampung dan macam2 lagi. Tapi tang tepon mak sal dah nak exam satu perkare wajib bagi aku. Nak mintak mak doakan anak kesayangannya dipermudahkan urusan menghadapi ujian untuk dunia ni..huhuhu..dan mak aku selalu pesan, (dengan Caravansary sebagai muzik latarbelakang) "Mak sentiasa doakan aus, tapi aus pon kena banyak berdoa, buat solat hajat selalu, usaha, doa dan tawakal"...huhu...."baiklah mak", jawab aku seperti biase (muzik habis...hehe). Tapi, doa mak adalah doa yang sangat aku harapkan. Maklumlah, doa seorang ibu itu cepat diperkenankan tuhan. Lau mintak mak doakan kite cepat kawen bleh tak?hahahaha..Sal kawen ni, macam2 story aku nak citer kat blog nih memandangkan fenomena kawen awal melanda budak2 batch skolah menengah aku. Tapi entri yang akan datang lah ye=D.

Untuk entri ni, aku saje2 nak share jadual exam aku (hahahaha...bosan giler!). Jadual final exam aku bagi semester ini adalah seperti berikut:


dan berikut


Untuk semester ni, tak banyak sangat subjek yang aku ambik memandangkan jam kredit Final Year Projek (FYP) sebanyak 6 jam kredit (paham2 je la ye). Lagi satu, semua subjek program sebanyak 3 jam kredit setiap satu, huhu..moga dipermudahkan la kan...tempoh masa setiap exam plak 3 jam, lama giler tapi standard la kan, subjek program memang camtu...T_T

Tapi, FYI, dah jadi tradisi aku turun temurun sejak semester satu, aku suke kuar awal dari dewan exam, malas nak semak balik punye pasal...hoho..kalau semak pon, ape la yang disemak nye?bukannye aku taw  jawapan aku betol ke tak...hehe..tapi ade buruknye kuar awal, maybe tyme kite semak balik jawapan kite tu, tetibe ade ilham nak buat jawapan yang lebih baik...mane ler taw kan...jadi, aku try la kali ni exam aku takkan kuar awal lah...=)

so...GAMBATTE untuk aku dan kawan2 semua yang bakal or sedang menghadapi final exam! buat yang terbaik dari ladang ok!

>>peace<<

Wednesday 20 April 2011

Jangan lebih lajak dari laju (artikel yang best)

Setiap insan ada kelemahan yang tersendiri. Sedikit ataupun banyak. Dosa ada berbagai jenis, kecil dan besar. Seorang insan biasanya tidak dapat lari dari jatuh ke dalam daerah-daerah dosa. Sama ada yang besar atau yang kecil. Jika tidak dosa itu pada tindakan atau perbuatan anggota badan, ia kadang-kala pada jantung hati dan perasaan seperti takabur, riyak, buruk sangka dan berbagai lagi.

Tiada anak Adam yang suci tanpa disentuh oleh dosa. Bak kata Nabi s.a.w:

    “Setiap anak Adam membuat salah. Sebaik-baik yang membuat salah ialah yang bertaubat”. (Riwayat al-Tirmizi dan Ibn Majah, dinilai hasan oleh al-Albani).

Cumanya, atas rahmat Allah, Dia menutup kelemahan kebanyakan insan. Maka tampillah insan itu tampak bersih dan suci pada sangkaan manusia, namun hanya Allah Yang Maha Mengetahui mengenai hakikat diri seseorang.

Sebab itu, insan bukan sahaja disuruh selalu beristighfar dan bertaubat untuk kesalahan dirinya, tetapi juga jangan menghukum kedudukan syurga dan neraka orang lain secara putus. Kita mungkin boleh menyatakan ini perbuatan dosa, ini pula perbuatan pahala. Orang ini berakhlak baik, orang itu berakhlak buruk. Orang ini menzahirkan maksiat, orang itu menzahirkan ibadah. Sekadar itulah penilaian. Namun, untuk menyatakan si fulan itu pasti ahli neraka, atau si fulan itu pasti ahli syurga, maka untuk bukan urusan kita.

Dosa Pahala

Hanya Allah dan rasulNya yang berhak. Kita tidak pasti melainkan apa yang zahir seperti jika seseorang mati dalam kekufuran setelah datang kepadanya penerangan iman dan Islam yang secukupnya, atau mati dalam maksiat yang jelas. Maka nas al-Quran dan Sunnah menyatakan dia ahli nereka. Itupun hanya pada penilaian zahir sahaja, mungkin dia bersyahadah sendirian sebelum menemui Allah, kita tidak tahu.

Pelaku maksiat juga demikian, pada zahirnya maksiat adalah faktor yang membawa seseorang ke neraka. Namun, kita tidak tahu, mungkin seseorang itu di samping maksiatnya, ada kebaikan yang dibuat yang mungkin mampu memadamkan dosanya di sisi Allah. Mungkin juga dia bertaubat tanpa kita tahu. Hanya Allah yang menentukan kedudukannya. Ini tidak menghalang kita untuk menyatakan yang salah itu salah, dosa itu dosa.


Kita akan membantah kemaksiatan yang dilakukan kerana itu tanggungjawab agama, namun kita tidak akan melaknat individu berkenaan dan menentukan dia semestinya ahli neraka. Fanatik dan permusuhan yang melampaui batas, kadang-kala menyebabkan seseorang terlajak dalam menghukum orang lain.

Inilah yang berlaku di kalangan golongan Khawarij yang me’neraka’ seseorang hanya kerana satu dosa. Inilah juga yang berlaku dalam golongan fanatik agama dalam berbagai aliran dan kepartian yang me‘neraka’kan orang lain hanya kerana satu dosa yang dicanangkan. Padahal sepatutnya, memadai dengan menegur dan menghalang kesalahan atau dosa, namun jangan membuat keputusan tentang kedudukannya di sisi Allah.

Jangan melampau dalam menghukum orang lain. Dalam hadis al-Imam al-Bukhari, Rasulullah s.a.w mengajar kita hakikat ini.

    “Seorang lelaki bernama ‘Abdullah, digelar ‘himar’ (kaldai). Dia pernah menyebabkan Rasulullah s.a.w ketawa. Juga pernah Nabi s.a.w. menyebatnya (menjatuhkan hukuman) disebabkan kesalahan meminum arak. Pada suatu hari dia ditangkap lagi (disebabkan kesalahan meminum arak), maka baginda pun menghukum lalu dia disebat. Seorang lelaki berkata: “Ya Allah! Laknatilah dia, alangkah kerap dia ditangkap”. Lantas Nabi s.a.w pun bersabda: “Jangan kamu semua melaknatinya! Demi Allah apa yang aku tahu dia mencintai Allah dan RasulNya”. (Riwayat al-Bukhari)

Bagaimana mungkin orang yang meminum arak boleh mencintai Allah dan RasulNya?. Tidakkah Rasulullah s.a.w sendiri bersabda:

    “Allah melaknat arak, peminumnya, penghidangnya, penjualnya, membelinya, pemerahnya, meminta agar ia diperah, pembawanya dan orang yang ia dibawa kepadanya” (Riwayat Abu Daud dan Ibn Majah, dinilai sahih oleh al-Albani).

Jawapannya, bukan semua yang meminum arak atau apa-apa maksiat itu membenci Allah dan rasulNya. Maksiat adalah dosa dan kelemahan dirinya. Namun tidak semestinya, pelaku maksiat membenci Islam. Maksiat membawa ke neraka, namun bukan semesti seorang pelaku maksiat tidak melakukan pahala dalam perkara yang lain yang akhirnya Allah akan menentukan timbangan antara keduanya.

Betapa ramai insan yang nampak peribadinya lemah, tetapi jiwanya masih sayangkan Allah dan rasulNya, sayangkan Islam dan marah jika Islam dan kaum muslimin dihina dan dianiayai. Ya, Rasulullah s.a.w melaknat peminum arak dan yang terlibat dengannya. Pelaknatan itu secara umum, namun apabila penentuan secara individu maka penilaian khusus hendaklah teliti. Setiap insan mempunyai latar dan situasi yang berbeza. Maka kita jangan ‘terlebih lajak daripada laju’.

Di sebalik itu, orang zahirnya beramal dengan amalan agama maka pada zahir dia beramal dengan amalan ahli syurga. Namun kita tidak tahu niatnya; ikhlas atau riyak, atau tujuan tersembunyinya. Kita tidak tahu jiwanya; bongkak atau tawaduk, tauhid atau syirik. Di mana kesemua itu faktor yang mengheret seeorang ke neraka. Mungkin juga ada dosa atau kezalimannya terhadap insan lain sehingga Allah mengambil segala pahalanya sebagai gantian.

Nabi s.a.w pernah bertanya para sahabat baginda :

    “Tahukah kamu siapakah orang yang muflis?” Jawab mereka: “Orang yang muflis dalam kalangan kami ialah sesiapa yang tiada dirham dan tiada harta”. Sabda baginda: “Orang yang muflis dalam umatku ialah sesiapa yang datang pada Hari Kiamat nanti bersama solat, puasa, zakat, juga dia pernah memaki seseorang, menuduh seseorang, memakan harta seseorang, menumpah darah seseorang dan memukul seseorang. Lalu diberikan kepada orang ini dan itu pahalanya. Jika pahala-pahalanya habis sebelum sempat dilangsaikan kesalahannya, maka diambil dosa-dosa mereka dicampakkan ke atasnya lantas dicampakkan dia ke dalam neraka” (Riwayat Muslim).

Ini bukan perkara pelik, ada orang yang kadang-kala berzikir dan bertahmid sebelum berucap atau berceramah, namun apabila habis dia berzikir dan bertahmid, dia memaki hamun orang lain bagaikan tiada sempadan agama.

Rahsia

Kehidupan sangat luas. Kita membenci dan melarang perbuatan buruk dan maksiat kerana itu adalah dilarang oleh agama. Amalan buruk membawa ke neraka. Namun, kita tidak menetapkan untuk seseorang secara individu syurga atau neraka. Amalan baik membawa ke syurga. Kita menyokong dan membantunya.

Namun kita juga tidak tahu hakikat sebenar kedudukan orang tertentu yang beramal dengan amalan baik, apakah dia ke syurga atau ke neraka. Kita berbaik sangka dan mengharapkan syurga untuknya. Tapi, kita tidak tahu setiap perkara di sebalik tabir kehidupannya. Hanya Allah Yang Maha Tahu kesudahan dan rahsia hidup setiap insan, kita tidak boleh berlebihan dalam menghukum melainkan ada nas yang jelas untuk seseorang seperti para nabi, orang-orang soleh tertentu dan para sahabat yang disebut dalam al-Quran ataupun sunnah. Demikian mereka yang ditetapkan nereka oleh Allah dan rasulNya seperti Iblis, syaitan, Fir’aun, Abu Lahab, Abdullah bin Ubai dan lain-lain.



Orang yang Allah dan rasulNya tidak khabarkan kedudukannya, kita tidak tahu. Kita disuruh mendoakan keampunan kaum muslimin yang meninggal. Kita melaknat maksiat secara umum, namun kita tidak disuruh melaknat individu pelaku maksiat secara khusus. Urusan setiap insan dengan Tuhannya.

Mungkin dia telah memohon ampun, mungkin dia mempunyai pengecualian yang hanya Allah mengetahuinya, mungkin dia telah dikifarah di dunia dan dia akur, mungkin dia mempunyai kebaikan yang lain yang Allah sangat redha, mungkin orang lain pula telah menzaliminya lalu pahala diberi kepadanya, atau mereka diberi dosanya. Hanya Allah Yang Mengetahui di balik tabir kehidupan. Kita jangan lebih lajak daripada laju.

sumber artikel: http://drmaza.com/home/?p=691

>>peace<<

Sunday 17 April 2011

coretan:kAu iNsan paLiNg iStimEwa buAt diRiku

Bismillahirrahmanirrahim...

setiap jiwa ingin mengasihi dan dikasihi, menyanyangi dan disayangi, menyintai dan dicintai..kerana itu la manusia sentiase mencari seseorang untuk dijadikan teman sebagai tempat meluahkan rase gembira, sedih dan sebagainya. seseorang yang dijadikan teman sebegitu tentunya adalah insan sangat istimewa baginya. mungkin skali insan itu dari kalangan kawan2, sahabat2, saudara-mara atau keluarga sendiri. buat pertama kali dalam sejarah, aku ingin luahkan perasaan aku kepada seorang insan yang amat aku sanjungi, bahawa aku terlalu sayang padanya sehingga aku dapat merasakan tanpanya aku tak tahu apa yang akan jadi pada diri aku.

kepada insan tersebut, ketahuilah kau anugerah terhebat buat hidup aku, kau merupakan insan yang selalu berada dalam hatiku, aku tidak akan padamkan kasih sayang yang kau berikan sepanjang pertemuan kita. kau adalah sumber ilhamku, kekuatan dan keyakinan aku. kaulah ibuku tersayang, yang byk mengajarku, menasihati aku supaya menjadi seorang manusia yang berguna. kau jugalah ibuku yang tercinta, yang banyak berkorban harta, masa dan tenaga untuk aku, untuk masa depanku, keselesaanku, juga untuk kebaikanku. sekiranya aku ingin menghitung jasa baikmu, aku yakin hanya tuhan saje yang boleh membalasnya.

                                                    omak den tersayang...=)

aku anakmu, sejak dahulu sangat degil terhadapmu, selalu membantah perintahmu, banyak kali menipu dan sering kali aku menyakiti hatimu. namun, sungguh! aku tidak berniat begitu, aku masih tidak mengenal apa erti hidup berkasih sayang sehinggalah aku menempuh alam dewasa, baru aku tahu betapa berdosanya aku terhadapmu. namun begitu, kau tidak pernah memendam rasa benci terhadap aku, kau tidak pernah mengungkit kebaikan yang yang kau berikan sejak aku kecil lagi, dan kau tidak pernah meminta supaya pengorbanan kau dibalas. kau hanya mahukan anakmu ini berjaya dan menjadi orang yang berguna. 

masih tidak luput dari ingatan aku, sewaktu umurku 10 tahun, hari itu merupakan titik permulaanku mengenal kasih sayangmu ibu. waktu itu arwah ayah masih hidup lagi dan bekerja shift pagi sebagai pak guard. pada jam 3 pagi, jari aku diserang serangga berbisa-lipan merah hitam. aku menjerit kesakitan sehingga mengejutkan kau dari tidurmu lalu kau mendapatkan aku. kau mencari lipan yang bersaiz lebih kurang 12cm panjangnya dan membunuhnya. aku menangis menahan kesakitan, kau gelisah melihat keadaanku lalu mengenakan tudung di kepalamu, dan membawaku pergi ke rumah jiran (seorang nenek) yang agak jauh dari rumahku dengan berjalan kaki. nenek itu seorang yang tahu berubat. dalam suasana manusia sedang dibuai mimpi, kau mengetuk pintu jiran itu dengan kuat dan menunggu lama di luar rumahnya. waktu itu, badan aku semakin lemah tak bermaya, masih menangis kesakitan...

                                                omak dengan ayah tiri den....=)


setelah jiran itu menyapukan ubat pada jariku, keadaan ku masih tidak berubah, jiranku itu mencadangkan agar aku di bawa ke klinik. lalu kau menelefon bapa saudaraku berdekatan (Pak Andak) untuk menghantar ku ke klinik. pada masa itu kau terpaksa meminta pertolongan pak andak pagi2 buta sebab kau tiada kenderaan dan tidak tahu membawa kereta. setelah sampai di klinik, sambil menunggu doktor sampai, aku termuntah2 byk kali. setelah mendapat rawatan injection, kesakitanku semakin kurang. wajahmu lega melihat aku semakin pulih. dengan tenang, kau menasihatiku supaya jangan degil dengan cakapmu lagi. waktu itu aku teringat hari sebelum aku diserang lipan, aku melawan suruhanmu untuk pergi ke kelas agama pada sebelah petang dan melarikan diri ke rumah emak saudaraku (Mak Lang). mungkin disebabkan itulah tuhan memberi balasan untuk aku kerana melawan cakapmu.

wahai ibu tersayang, aku memohon ampun atas seribu satu kesalahan dan kesilapanku terhadapmu. sehingga sekarang, kau masih berkorban dan sentiasa ada untukku sewaktu aku dalam kesusahan, sewaktu aku berasa lemah dengan dunia. sekiranya ditakdirkan tuhan ingin menjemputmu, akulah insan yang akan merasakan kehilangan yang teramat sangat. kau umpama intan permata yang tidak akan hilang kilauannya dalam hatiku. aku terlalu menyanyangimu ibu. semoga Allah memberkati kehidupanmu didunia dan di akhirat kelak. Terima kasih ibu.

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani diriku sewaktu aku kecil dahulu. Amin yarabbal 'alamin." 

untuk mak tersayang- Pn. Hjh. Mariam bt Umar

>>peace<<

Saturday 16 April 2011

petua hindari kebosanan tahap gaban=D

Apakah rasa bosan? Rasa bosan  timbul apabila anda jemu menghadap sesuatu berulang-ulang kali. Dalam situasi lain, rasa bosan timbul apabila anda tiada apa yang dibuat, tak ada apa hendak dilakukan ketika masa terluang. Awas! Bosan adalah petanda besar anda orang yang tidak ada matlamat.
Tips motivasi kali ni, berikut adalah 4 petua bagaimana mengelak rasa bosan.

1. Sibukkan Diri, Kenal Pasti Hobi.
Cari apa yang boleh dilakukan. Bentuk diri menjadi rajin. Jika anda tiada apa hendak dilakukan, fikirkan sesuatu yang anda rasa seronok melakukannya supaya tidak sedar masa berlalu. Ada orang suka tengok tv sebab dia rasa seronok menonton tv, walau dari pagi sampai ke malam. Ada orang suka memancing, sebab dia seronok memancing, walau dari malam sampai ke pagi. Untuk mengelak rasa bosan cari sesuatu disekeliling yang boleh anda lakukan.

2. Jadi Workaholic
Orang workaholic adalah orang yang suka bekerja, asyik dengan kerja hingga tak sedar masa berlalu. Kerja bukan kerja bagi dirinya tapi satu hobi. Perasaan enjoy bekerja ni akan hadir apabila nda menemui keseronokan ketika melaksanakan kerja.Untuk mengelak rasa bosan, anda boleh bentuk diri anda menjadi seorang workaholic – sentiasa ada saja yang perlu dibuat, ada saja yang perlu disiapkan, ada saja yang perlu disempurnakan. Awas! Sikap workaholic tak sesuai untuk orang suddah berkawin. Jika anda seorang suami, nanti isteri anda saman anda sebab tak balik-balik rumah dek terlalu layan kerja. Jika anda seorang isteri, nanti suami anda makan maggi setiap hari.

                            kucing pon taw nak ilangkan rase bosan camne...hehe


3. Set Matlamat, Azam, Cita-cita dan Impian. Selepas itu Berusahalah Mencapainya!
Orang yang selalu merasa bosan adalah orang yang tidak ada impian. Orang yang bosan dengan hidup adalah orang tidak ada cita-cita. Set satu impian kemudian fikirkan cara untuk mencapai impian itu. selepas tu berusalah mencapainya walau dengan apa cara sekalipun, asalkan halal. Fikir, fikir, fikir, selepas itu buat. Buat dan terus buat. Jangan duduk diam! Lama-kelamaan anda akan perasan anda dapat mengelak rasa bosan sebab anda sudah tidak ada masa untuk merasa bosan. Masa yang ada terisi dengan usaha ke arah mencapai cita-cita anda.

4. Rajinkan Diri Beribadah.
Ini pula adalah tips yang baik untuk mengelak rasa bosan dari perspektif Islam. Sibukkan diri dengan ibadah. Dalam menyempurnakan tuntutan ibadah wajib, banyakkan ibadah sunat. Hadirkan rasa kekurangan dan kehambaan dalam diri.


                                                   mempelbagaikan ibadah...


Jangan pernah merasa puas dengan ibadah-ibadah yang sudah disempurnakan sebelum ini. Rasai keseronokan melaksanakan ibadah, rasai ketenangan ketika dalam proses menyempurnakan ibadah. Pasti anda terdorong untuk melakukannya lagi, dan lagi, dan lagi, banyak kali sampaikan anda macam tak mahu berhenti.