< /body>;

Sunday 17 April 2011

coretan:kAu iNsan paLiNg iStimEwa buAt diRiku

Bismillahirrahmanirrahim...

setiap jiwa ingin mengasihi dan dikasihi, menyanyangi dan disayangi, menyintai dan dicintai..kerana itu la manusia sentiase mencari seseorang untuk dijadikan teman sebagai tempat meluahkan rase gembira, sedih dan sebagainya. seseorang yang dijadikan teman sebegitu tentunya adalah insan sangat istimewa baginya. mungkin skali insan itu dari kalangan kawan2, sahabat2, saudara-mara atau keluarga sendiri. buat pertama kali dalam sejarah, aku ingin luahkan perasaan aku kepada seorang insan yang amat aku sanjungi, bahawa aku terlalu sayang padanya sehingga aku dapat merasakan tanpanya aku tak tahu apa yang akan jadi pada diri aku.

kepada insan tersebut, ketahuilah kau anugerah terhebat buat hidup aku, kau merupakan insan yang selalu berada dalam hatiku, aku tidak akan padamkan kasih sayang yang kau berikan sepanjang pertemuan kita. kau adalah sumber ilhamku, kekuatan dan keyakinan aku. kaulah ibuku tersayang, yang byk mengajarku, menasihati aku supaya menjadi seorang manusia yang berguna. kau jugalah ibuku yang tercinta, yang banyak berkorban harta, masa dan tenaga untuk aku, untuk masa depanku, keselesaanku, juga untuk kebaikanku. sekiranya aku ingin menghitung jasa baikmu, aku yakin hanya tuhan saje yang boleh membalasnya.

                                                    omak den tersayang...=)

aku anakmu, sejak dahulu sangat degil terhadapmu, selalu membantah perintahmu, banyak kali menipu dan sering kali aku menyakiti hatimu. namun, sungguh! aku tidak berniat begitu, aku masih tidak mengenal apa erti hidup berkasih sayang sehinggalah aku menempuh alam dewasa, baru aku tahu betapa berdosanya aku terhadapmu. namun begitu, kau tidak pernah memendam rasa benci terhadap aku, kau tidak pernah mengungkit kebaikan yang yang kau berikan sejak aku kecil lagi, dan kau tidak pernah meminta supaya pengorbanan kau dibalas. kau hanya mahukan anakmu ini berjaya dan menjadi orang yang berguna. 

masih tidak luput dari ingatan aku, sewaktu umurku 10 tahun, hari itu merupakan titik permulaanku mengenal kasih sayangmu ibu. waktu itu arwah ayah masih hidup lagi dan bekerja shift pagi sebagai pak guard. pada jam 3 pagi, jari aku diserang serangga berbisa-lipan merah hitam. aku menjerit kesakitan sehingga mengejutkan kau dari tidurmu lalu kau mendapatkan aku. kau mencari lipan yang bersaiz lebih kurang 12cm panjangnya dan membunuhnya. aku menangis menahan kesakitan, kau gelisah melihat keadaanku lalu mengenakan tudung di kepalamu, dan membawaku pergi ke rumah jiran (seorang nenek) yang agak jauh dari rumahku dengan berjalan kaki. nenek itu seorang yang tahu berubat. dalam suasana manusia sedang dibuai mimpi, kau mengetuk pintu jiran itu dengan kuat dan menunggu lama di luar rumahnya. waktu itu, badan aku semakin lemah tak bermaya, masih menangis kesakitan...

                                                omak dengan ayah tiri den....=)


setelah jiran itu menyapukan ubat pada jariku, keadaan ku masih tidak berubah, jiranku itu mencadangkan agar aku di bawa ke klinik. lalu kau menelefon bapa saudaraku berdekatan (Pak Andak) untuk menghantar ku ke klinik. pada masa itu kau terpaksa meminta pertolongan pak andak pagi2 buta sebab kau tiada kenderaan dan tidak tahu membawa kereta. setelah sampai di klinik, sambil menunggu doktor sampai, aku termuntah2 byk kali. setelah mendapat rawatan injection, kesakitanku semakin kurang. wajahmu lega melihat aku semakin pulih. dengan tenang, kau menasihatiku supaya jangan degil dengan cakapmu lagi. waktu itu aku teringat hari sebelum aku diserang lipan, aku melawan suruhanmu untuk pergi ke kelas agama pada sebelah petang dan melarikan diri ke rumah emak saudaraku (Mak Lang). mungkin disebabkan itulah tuhan memberi balasan untuk aku kerana melawan cakapmu.

wahai ibu tersayang, aku memohon ampun atas seribu satu kesalahan dan kesilapanku terhadapmu. sehingga sekarang, kau masih berkorban dan sentiasa ada untukku sewaktu aku dalam kesusahan, sewaktu aku berasa lemah dengan dunia. sekiranya ditakdirkan tuhan ingin menjemputmu, akulah insan yang akan merasakan kehilangan yang teramat sangat. kau umpama intan permata yang tidak akan hilang kilauannya dalam hatiku. aku terlalu menyanyangimu ibu. semoga Allah memberkati kehidupanmu didunia dan di akhirat kelak. Terima kasih ibu.

"Ya Allah, ampunilah dosaku dan dosa kedua ibu bapaku. Kasihanilah mereka seperti mana mereka mengasihani diriku sewaktu aku kecil dahulu. Amin yarabbal 'alamin." 

untuk mak tersayang- Pn. Hjh. Mariam bt Umar

>>peace<<

2 comments:

  1. Salam,ape khabar pedot? lama x jumpa nta ngan mak nta, teringat last jumpa mak nta waktu sekolah menengah dlu..btw, mak nta seorang yang sangat ambl tentang ank2nya.wassalm

    ReplyDelete
  2. waalaikumussalam w.b.t. ana baik2 saja. sihat dan semakin sihat..huhu..tq atas pujian kpd mak ana=)
    nyway, sape ek ni?

    ReplyDelete